Cincin Mata Kucing 3 Lapis Warna




CINCIN 3 WARNA MATA KUCING ASLI

AMPUH KHASIAT:
PELARIS
PEMANIS DIRI
AWET MUDA
DAYA PENARIK

BATU-BATU PILIHAN CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)

Batu mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini  banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.

Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal.

Cat's eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan   keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).

Cat's eye

Cat's eye bukanlah nama khas bagi batu permata tetapi merupakan satu istilah batu permata. Batu permata yang menampilkan kesan cat's eye mempunyai satu garisan (streak) yang bercahaya ("luster" dalam istilah gemologi) di bahagian tengah batu permata dengan latar belakang berwarna keemasan. Kesan ini merupakan satu keajaiban alam semulajadi dimana kesan luster ini menampilkan pantulan cahaya dari bahagian warna mineral sebagai inclusion yang lebih cerah. Dalam istilah gemologi, ciri ini dikenali sebagai "chatoyancy" secara teknikalnya. Istilah ini lahir dari perkataan Perancis "chat" (cat) dan "oeil" (eyes). Saintis percaya inclusion dari batu ini memberikan kesan cat's eye. Ini terhasil apabila cahaya yang terpancar pada batu itu dipantulkan oleh inclusion yang lebih cerah dan kelihatan seperti mata kucing yang terkena cahaya. Apabila batu ini dicondongkan, kesan cat's eye ini juga seolah-olah bergerak merentasi bahagian atas batu.

Cat's eye biasanya merujuk kepada batu permata dalam keluarga chrysoberyl. Ini kerana fenomena cat's eye didapati biasa terjadi pada batuan jenis chrysoberyl dan dikenali sebagai chrsoberyl cat's eye. Walaubagaimanapun, jangan terperanjat jika terdapat juga batu permata lain yang menampilkan ciri cat's eye seperti quartz cat's eye, ruby cat's eye, peridot cat's eye, sapphire cat's eye, emerald cat's eye, dan moonstone cat's eye. Walaubagaimanapun, ciri cat's eye pada batuan lain adalah amat sangat jarang ditemui dan kemungkinannya hanya satu dalam sejuta. Terdapat dua jenis ciri cat's eye pada chrysoberyl cat's eye. Pertama, kesan cat's eye pada batuan ini jelas kelihatan di bawah cahaya biasa dan kedua, kesan cat's eye yang hanya kelihatan jika terdapat cahaya lampu yang dipancarkan ke arahnya.

SMS/WHATSAPP 012-5329588 UNTUK HARGA MAHAR

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TONGKAT KAYU TERAS IBOR

Batu serai bunian berubah warna

BESI TOWO ASLI RAJA BESI IBU KURSANI

CARA KILATKAN BATU CINCIN AGAR TETAP BERSINAR

Besi Leleh Ampuh Khasiat

CINCIN BATU SISIK NAGA HIJAU ASLI

TERAS KAYU MENANG

CINCIN PERAK BATU AKIK KARANG NUNGGAL

FOSIL KAYU MALAM ASLI