Masukkan Email Anda untuk item terbaru yang menarik

Ebook penawar racun lengkap

E-BOOK PENAWAR RACUN LENGKAP.

"...mempunyai 4 tajuk utama, 153 tajuk lanjutan dan pelbagai amalan penawar racun (sama ada yang ghaib atau yang nyata) sebagai pelengkap."

SIAPA YANG PATUT MEMILIKI EBOOK INI?

Ebook Penawar Racun ini adalah untuk:

1. Para pengamal pengubatan secara batin atau spiritual (pawang, dukun, manang, shaman atau pengamal pengubatan kaedah spiritual yang lain) yang ingin menambah ilmu di dada dan sanggup membuka hati dan minda untuk menerima ilmu-ilmu pengetahuan seumpamanya walaupun ilmu pengetahuan yang akan disampaikan mungkin dari aliran yang agak berbeza.

2. Para pengamal pengubatan secara batin atau spiritual yang ingin memahami dan menguasai kaedah penawar racun (yang ghaib atau yang nyata) dan sanggup berfikiran terbuka untuk mengetahuinya.

3. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin memahami kaedah-kaedah penawar racun (yang ghaib atau yang nyata) yang sememangnya telah wujud sejak zaman dahulukala lagi dan sanggup faham bahawa ilmu pengetahuan seumpama itu sebenarnya masih ada dan tersimpan di dada golongan tertentu dalam masyarakat kita.

4. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuka minda dan hati untuk memahami dunia pengubatan secara batin atau spiritual serta kaedah-kaedah penawar racun (sama ada yang ghaib atau yang nyata).

5. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin mempelajari dengan pantas selok-belok pengubatan secara batin atau spiritual dan kaedah-kaedah penawar racun (ghaib atau nyata) tanpa perlu pergi ke seluruh ceruk rantau semata-mata ingin mempelajari, seterusnya menguasai ilmu-ilmu pengetahuan seumpama itu yang amat jarang didedahkan.

6. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang mengakui bahawa ilmu Allah itu amat luas dan tidak sekali berfikir secara negatif dengan keegoan bahawa tiada wujud ilmu pengetahuan seperti yang bakal dinyatakan.

7. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuka hati untuk berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia, sesungguhnya ilmu Allah sangat luas.

FAEDAH-FAEDAH EBOOK PENAWAR RACUN UNTUK ANDA

Berikut disenaraikan faedah-faedah yang akan anda perolehi dengan memiliki ebook Penawar Racun ini:-

BISANYA SANTAU, PATAK, JAYAU, SANTET, SERANGAN GHAIB, ILMU HITAM, PUKULAN JURUS KEBATINAN, PUKAU, BADI, SAKA DAN SEUMPAMANYA AKAN MUDAH ANDA TANGANI

* Dengan mempelajari dan menguasai ebook ini, bisanya santau, patak, jayau, santet, serangan ghaib, ilmu hitam, pukulan jurus kebatinan, pukau, badi, saka dan seumpamanya akan mudah anda tangani. Sama ada racun tersebut daripada unsur-unsur ghaib, kebatinan atau nyata, insyaallah anda tidak akan menghadapi masalah untuk menanganinya. Segala amalan, kaedah dan ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam ebook ini adalah warisan turun-temurun sejak zaman-berzaman. Rahsia yang hampir luput ditelan zaman, namun masih tersimpan di dada segelintir individu dalam masyarakat kita.

ANDA AKAN MAMPU MENJADI PENYEMBUH KEPADA DIRI ANDA DAN KELUARGA DARIPADA RACUN YANG BIASA ATAUPUN GHAIB

* Dengan mempelajari dan menguasai apa yang diajarkan melalui ebook ini, anda akan mampu menjadi penyembuh atau perawat kepada diri anda sendiri atau ahli-ahli keluarga baik daripada racun (pembisa atau penyakit) yang nyata ataupun yang berpunca daripada unsur-unsur ghaib. Dunia ini sangat luas dengan manusia serta makhluk yang pelbagai ragam. Adakah jaminan bahawa di sepanjang kehidupan anda dan keluarga, tiada kemungkinan sesuatu yang tidak diingini seperti itu bakal terjadi? Sebelum segala-galanya terlambat, inilah masa yang sesuai untuk anda mengisi segala ilmu di dada.

ANDA DAN DAN KELUARGA AKAN MEMILIKI PERISAI YANG AMPUH DARIPADA SERANGAN-SERANGAN ORANG YANG KHIANAT

* Bak kata orang, "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Perbuatan khianat oleh orang-orang yang menyimpan sakit hati dan dendam tidak mustahil boleh terjadi terhadap anda dan keluarga, apatah lagi dalam masyarakat nusantara yang sememangnya masih wujud pelbagai jenis kepercayaan. Adakah anda sanggup berdiam diri dan cuma memerhatikan diri anda dan keluarga yang tersayang menanggung derita kerana perbuatan yang kejam serta tidak berperi itu? Sahabatku, penuhilah ilmu di dada selagi anda berupaya, sebelum segala-galanya terlambat. Sesungguhnya, malang itu memang tidak berbau.

ANDA BAKAL MEMILIKI KEPAKARAN SEBAGAIMANA PENGAMAL PENGUBATAN SECARA BATIN DAHULUKALA

* Dengan mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan yang memfokus kepada penawar racun (sama ada yang nyata ataupun ghaib) sebagaimana yang terkandung di dalam ebook ini, anda bakal memiliki ilmu pengetahuan yang setaraf dengan pengamal-pengamal pengubatan secara batin dan spritual dahulukala. Ilmu-ilmu pengetahuan sebegini amat jarang didapati apalagi untuk dipelajari. Ini adalah satu-satunya peluang untuk anda mempelajari dan menguasainya.

ANDA TIDAK AKAN TAKUT DALAM MENEMPUH SEBARANG DUGAAN ATAU ANCAMAN

*Ketakutan boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuklah ketakutan terhadap penyakit yang datang secara nyata ataupun ghaib, ketakutan terhadap perbuatan khianat orang yang mendendami, ketakutan terhadap pelbagai malapetaka yang mungkin dan pelbagai lagi. Dengan mempelajari, memahami dan menguasai ilmu-ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam ebook ini, anda tidak akan takut dalam menempuh sebarang dugaan atau ancaman baik yang datang secara nyata ataupun ghaib. Semuanya akan menjadi mudah buat anda kerana anda mampu menyembuh dan menawarkannya, dan mampu menyelesaikannya sendiri tanpa pertolongan orang-orang yang dianggap mahir yang belum pasti keberkesanannya.

ANDA DAN KELUARGA BOLEH HIDUP DENGAN LEBIH AMAN DAN TENTERAM TANPA SEBARANG GANGGUAN

* Dalam kehidupan seharian, tidak diketahui sama ada anda atau mana-mana ahli keluarga anda pernah melukai hati sesiapa. Tidak diketahui sama ada terdapat perasaan-perasaan iri hati, hasad dengki atau dendam di hati orang-orang tertentu terhadap anda mahupun keluarga.. atas apa jua sebab sekalipun. Dengan mempelajari, mengamalkan dan menguasai pelbagai kemahiran yang terdapat di dalam ebook ini, anda dan keluarga akan mampu hidup dengan lebih aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan kerana anda tahu untuk menanganinya, sedar akan kehadiran sebarang musibah dan tidak akan mudah leka dalam kehidupan. Semuanya bakal anda pelajari nanti.

ANDA TIDAK PERLU MERANTAU JAUH MENCARI ORANG-ORANG MAHIR SAMA ADA UNTUK BERUBAT ATAU UNTUK BERGURU

* Dengan adanya penulisan yang amat jarang didedahkan ini, berkaitan dengan penawar racun (sama ada yang nyata atau yang ghaib), yang juga amat sukar didapati, anda tidaklah perlu bersusah payah merantau jauh ke seluruh daerah, pertapaan serta perguruan dan anda tidaklah perlu menghabiskan masa beharga semata-mata untuk mencari orang-orang mahir sama ada untuk berubat atau untuk berguru. Ini kerana anda akan mampu mempelajari, melakukan dan menguasainya sendiri mengikut kemahuan anda sendiri dan dalam keselesaan rumah anda sendiri. Kerana itu jugalah ebook seumpama ini ditulis, salah satu sebabnya adalah untuk memudahkan anda.

ANDA AKAN MENJADI LEBIH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN YANG MENDATANG

* Dengan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang diamalkan sejak turun-temurun (sebagaimana yang terkandung di dalam ebook ini), anda akan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Anda akan berkebolehan untuk menyembuhkan segala jenis racun berbisa (sama ada ghaib atau nyata), menepis segala yang buruk, menilai dan melihat sesuatu dengan pandangan seorang pakar kebatinan, malah anda akan berkebolehan menyelamatkan diri anda sendiri, keluarga atau masyarakat dengan menggunakan ilmu pengetahuan serta amalan yang bakal anda pelajari nanti.

ANDA AKAN MENJADI SEORANG PENGAMAL PENGUBATAN SECARA BATIN YANG SEJATI

* Dengan mempelajari, memahami dan menguasai segala ilmu pengetahuan dan amalan yang terkandung di dalam ebook ini, anda akan menjadi seorang pengamal pengubatan secara batin dan spiritual yang sejati. Anda kini bukanlah calang-calang manusia kerana anda memiliki ilmu pengetahuan dan amalan yang kebanyakan orang tidak menguasainya. Anda akan mampu menyelesaikan apa jua permasalahan yang bersangkutan dengan bidang tersebut. Malah, anda juga boleh menyumbangkan kebolehan kepada masyarakat sekiranya anda mahu. Terpulang kepada anda.

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA

* Sekiranya anda memiliki ilmu pengetahuan dan amalan yang hebat, berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan tanahair dengan kebolehan yang anda miliki itu, anda tentu akan dikenang dan diingati selalu kerana sumbangan tersebut. Bak kata pepatah, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Anak-cucu-cicit anda tentu akan mengingati dan mengenang anda sebagai seorang yang berilmu tinggi serta berjasa besar kepada masyarakat. Ia akan menjadi kebanggaan buat generasi-generasi anda yang akan datang.

DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG ANDA MILIKI ITU, KINI ANDA BUKANLAH CALANG-CALANG MANUSIA

* Ebook yang bakal anda miliki ini adalah menyentuh berkaitan pelbagai jenis ilmu pengetahuan, amalan-amalan, serta hal-ehwal berkaitan dengan penyembuhan/ penawar racun sama ada yang nyata atau yang ghaib (salah satu cabang ilmu kedukunan). Ilmu pengetahuan yang amat jarang didapati pada zaman ini, apalagi untuk mencari guru-guru yang mahir tentangnya, bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan mempelajari dan menguasainya, anda bakal menjadi manusia yang bukan calang-calang. Anda adalah pewaris kepada amalan turun-temurun orang-orang berilmu tinggi dahulukala dan anda bukanlah lagi jenis orang yang boleh diperlekehkan dengan sesuka hati.

ANDA AKAN LEBIH BERSEMANGAT SETIAP HARI DAN SENTIASA BERASA HEBAT

* Dengan menguasai ilmu-ilmu pengetahuan, kebolehan dan amalan-amalan yang jarang dimiliki oleh kebanyakan orang, anda akan menjadi lebih bersemangat setiap hari dan sentiasa akan berasa hebat. Perasaan ini bukannya datang kerana paksaan atau sengaja dilakukan, tetapi ia datang kerana sememangnya anda telah menjadi orang yang berilmu tinggi. Anda akan faham setelah anda mempelajari dan mengalaminya sendiri.

ANDA AKAN SENTIASA KELIHATAN HEBAT DAN PENUH KARISMA PADA PANDANGAN ORANG-ORANG DI SEKELILING ANDA

* Dengan memiliki dan menguasai ilmu-ilmu pengetahuan, kebolehan dan amalan-amalan yang jarang ditemui seperti itu, anda akan sentiasa kelihatan hebat dan penuh karisma pada pandangan orang-orang di sekitar anda. Mereka akan memerhatikan anda dengan perasaan penuh iri hati dan berhasrat untuk menjadi sehebat anda. Di dalam diam, anda akan menjadi ikon buat mereka.

ANDA AKAN DIGERUNI OLEH LAWAN DAN DIKAGUMI OLEH KAWAN

* Dengan kewibaan, pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan amalan-amalan penawar racun (ghaib atau nyata), anda akan digeruni oleh setiap lawan dan dikagumi oleh setiap kawan di sekeliling anda. Kawan akan menyanjungi anda dan lawan pula tentu akan memilih untuk tidak memusuhi anda kerana berkawan dengan anda adalah lebih baik daripada menjadi musuh. Segala apa yang telah anda pelajari dan kuasai itu sememangnya begitu hebat di mata mereka.

MASYARAKAT AKAN MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI ANDA

* Anda akan disegani, dihormati dan disanjungi oleh masyarakat di sekeliling. Kerana anda memiliki apa yang tidak dimiliki oleh kebanyakan orang. Anda punya ilmu pengetahuan dan kebolehan sebagaimana seorang pakar yang sebenar serta mengetahui segala aspek tentangnya. Malah, anda boleh menjadi guru kebatinan (atau guru pengubatan batin) sekiranya anda mahu.

ANDA AKAN MENJADI PAKAR RUJUK BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN DALAM HAL-EHWAL BERKAITAN

* Sudah pasti anda akan menjadi tempat rujukan utama buat teman-teman seperjuangan dalam hal-ehwal berkenaan dengan amalan-amalan penawar racun (ghaib atau nyata). Walaupun tidak anda tunjukkan secara terang-terangan, namun setelah mereka mengetahui kelebihan dan kebolehan anda, mereka akan melihat anda sebagai seorang pakar. Maka, di situlah sumbangan dan bantuan anda amat diperlukan.

SESIAPA SAHAJA AKAN MEMILIH UNTUK MENJADI KAWAN DAN BUKANNYA MENJADI LAWAN ANDA

* Dengan penguasaan terhadap ilmu-ilmu pengetahuan, kebolehan dan amalan-amalan yang hebat, sesiapa sahaja di sekeliling anda akan lebih suka memilih untuk menjadi kawan daripada menjadi lawan anda. Keadaan ini akan terjadi apabila mereka merasakan bahawa anda memiliki sesuatu yang lebih baik daripada mereka dan mendapati bahawa anda bukanlah orang yang boleh diperlekehkan sesuka hati. Sama ada dari segi amalan, ilmu pengetahuan, kekuatan, potensi, karisma atau seumpamanya.

WHATSAPP JIKA TUAN BERMINAT.
www.wasap.my/60125329588

Tiada ulasan:

Catat Ulasan